Globalisasi
merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan
ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan
media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara
dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan
dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi
didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai
satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala
aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai
oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya
menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam
era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang
asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari
dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada
hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan
teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda
globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi
tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi
,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan
sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada
globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada
globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi
Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas
kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan
peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum
dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek.
Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan
Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga
merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya
bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi
yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah
globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan
sebagai gelombang yang melanda dunia.
Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:
"... a process forced by global flows of people, information, trade
and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a
few hundred multinational corporations and may be harmful to the
environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave
globalization in the hands of these few corporations, or might it not
make more sense to seek greater involvement from the global community.
Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap:
(A) Ekonomi
Dalam
globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan
perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat
dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di
dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di
lihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara .
Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.
* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti
diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan
bukan mentah.
* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara.
* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai
satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan
secara global.
Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi
juga boleh dikaitkan dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di
dunia. Syarikat-syarikat korporat juga menuju ke arah globalisasi.
Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke era globalisasi iaitu
menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications"
Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap
(B) Teknologi
Kehidupan
manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi.
Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada
hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era
globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan
peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi.
Antara
bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi
maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang
terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia .
Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia
memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi
latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik
dan sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada
komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini
Pembangunan
sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah tenaga manusia
saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu
kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .
Pengetahuan
dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal,
statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan
melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi
baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi,
bahan-bahan terbaru, bio-teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.
Di
samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan
ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan
literasi komputer. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi
Media , Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak
untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan teknologi
maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam kehidupan seharian
nanti di dalam era globalisasi.
Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap
(C) Kebudayaan sebuah negara
Kebudayaan
merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau
organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu
sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar
atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari
ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.
Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi.
Budaya Makan
Makanan
Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin popular di
JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia
Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58
buah negara.
Budaya Fesyen
Antara jenis
fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar
Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent,
pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley.
Budaya Kerja
Syarikat
pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum
dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua
grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari
Perancis dan Itali.
Budaya Muzik dan Hiburan
Muzik
Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland
juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan
panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan
panggilan Euro Disneyland (1992).
Budaya Bahasa
Pada
masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan
secara global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam
bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada
1.5 bilion.
Kesimpulan
Cabaran
globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya
tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi
yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di
abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat
hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi
dan implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan
mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan
haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk
kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar